Mp3-Codes


Maybe (dream High Ost) - Sunye
Mp3-Codes.com

Friday, September 30, 2011

hohoho

kwn : tasha, hang suka baca novel x?

aku : sangat!

kwn : hang penah baca penulisan2u?

aku : selalu

kwn : ada sorang writer tu nama dia zarith natasha. Nama sama cam hang la. 

aku : *senyum* Macam lah dalam dunia ni aku sorang ja yg pakai nama tu.

kwn : *gelak* hang penah baca cerita dia?

aku : kadang2

kwn : aku selalu ikut cerita dia. best. tapi sayang semua cerita dia tergantung.
           hampeh btoi!

aku : *telan liur* 

kwn : aku suka jugak cerita Ad Iz, Doktor Cinta, MAID... bla..bla..bla...

aku : *muka cover habis*


Hmphh~~~

Sunday, September 25, 2011

yang lama...

baju baru

sneaker baru.

beg baru

buku baru

pencil case baru

rumah baru

katil baru

kawan baru

dunia baru

tapi hati tetap lama. tetap rindukan yang lama. tetap agungkan yang lama. tetap dahulukan kenangan yang lama. sampai bila-bila yang lama tak kan pernah hilang.... Hmphh~~~

Thursday, August 25, 2011

Bila Dah Dewasa... =)

Assalamualaikum...

Pejam celik- pejam celik dah dipenghujung2 Ramadan dah kita ni. Lagi berapa hari lagi nak raya... Alhamdulillah aku masih lagi berpeluang menikmati bulan Ramadan kali ini. Masih lagi diberi kesempatan untuk terus beramal ibadat kepada Allah S.W.T. Alhamdulillah...

Tapi rasa excited nak raya aku ni makin tahun makin kurang. Dah tak macam zaman bebudak dulu. Asal nak raya je syok terlebih. Asal nak raya je hati tu berbunga-bunga. Asal nak raya je, tak sabar-sabar tunggu bulan puasa habis. Asal nak raya je berbuih-buih mulut ni menyanyi lagu Balik Kampung- Allahyarham Sudirman. Tapi sekarang tak lagi. Bukanlah maksud aku tak lagi teruja langsung nak sambut raya tapi feeling tu tak sekembang dolu-dolu. Korang ada rasa macam aku tak? Ke aku je yang rasa. Oh mungkin sebab aku dah semakin dewasa agaknya. Rasa excited orang dewasa bukan macam budak-budak. Yang nak ditunjuk-tunjuk.

Orang dewasa perlu lebih cool dan steady saje. =P



Teringat dolu-dolu masa mula-mula aku belajar berpuasa. Aku mula puasa masa umur lima tahun. Waktu sahur je berjag-jag air yang aku minum. Selagi tak Azan selagi tu la aku tak henti langgah air. dan lepas tu, tak henti-henti jugaklah aku masuk-keluar bilik air membuang berjag-berjag air yang aku minum tadi. Bila difikir-fikir balik dah macam hapa je. menyeksakan diri sendiri betul. Malu dekat diri sendiri pun ada. Itu zaman umur lima tahun. Tapi sekarang bila dah dewasa satu gelas air pun susah nak habis. =)

Aku dah dewasa kan...

Aku mula puasa penuh masa darjah satu. Sumpah oh! Satu hari pun tak tinggal. Jujur punya jujur aku tak ikut member2 aku pergi minum air belakang setor dekat sekolah dolu. Aku tak curik-curik sembunyi belakang pintu peti ais minum air milo sahur pagi tu. Aku tak bukak periuk makan masak merah ayam yang mak aku masak untuk berbuka semalamnya. Itu pun sebab aku pegang janji Pakndak, Paktam dengan Pakcik aku yang depa akan bagi aku duit raya RM 30 setiap sorang kalau aku puasa penuh. Satu hari puasa aku berharga RM1. Eheh! kalau bukan sebab janji-janji lumayan tu aku pun tak sure yang aku akan cukupkan puasa satu bulan atau tak. Dan raya tahun tu akulah yang paling kaya. Pagi-pagi raya dah menayang duit RM90 tu dekat sepupu-sepupu aku. Siap dengan muka bangga lagi. Dan balasan yang aku terima adalah dengan jelingan-jelingan tak puas hati. Eheee~~ Sekarang ni asal bapak2 sedara aku tak buat macam tu dah? Up sikit la... satu hari RM10. tiga puluh hari RM300.. wahh.... tapi takde pun.

Mungkin sebab aku dah dewasa... =(



Dolu-dolu zaman kegemilangan kanak-kanak aku memang sakan giler ah raya. Seminggu nak raya dah berapi-rapi halaman rumah aku dengan bunga api. dengan mercun. Ah! heavennya. Tapi kalau nak lagi heaven kena tunggu aku balik kampung. Berdentum-dentam bunyi meriam yang abang-abang sepupu aku main. Setiap orang ada satu meriam tanah. Handmade sendiri. Sendiri nak main sendiri buat. Tapi bila aku mintak satu depa mesti buat tak tahu. Lepastu depa akan cakap :

"Budak pompuan tak main meriam. Pi main bunga api sudah."

"Tak payah nak jantan sangatlah."

"Ada niat nak tembak diri sendiri ka?"

atau

"Pi tolong tok balut ketupat!"

Sadis gila aku rasa waktu tu. Tapi bila aku mula tanam niat nak curi-curi main masa depa pi terawih, terus niat aku tu terbantut lepas dengar ayat :

"Mat Ijan, meriam kita ni ada penunggu kan? Badan besar bulu-bulu. warna hitam. Mata merah menyala. Gigi besar rongak. Dia suka cekik orang Alor Setar kan?"

Memang lepas tu aku tak berani dekat dah dengan kawasan meriam-meriam tanah tu. Nak-nak lagi bila dengar perkataan orang Alor Setar. Betul-betul tuju kat muka aku. Wuuuu!!! Iyela, budak umur enam tujuh tahun mestilah kecut bila dengar pasal hantu kan? Senang je kena tipu. Bongok jugak aku ni dolu-dolu. Eheh! Sudahnya aku main je la bunga api dengan mercun-mercun yang bunyi macam bunyi kentut je walaupun aku sebenarnya lebih tertarik dengan mercun yang bunyi kuat boleh gegar satu kampung. Baru lah thrill!



Dolu-dolu... Main bunga api sampai ke tengah malam pun ma aku tak kisah. Cuba sekarang. Asal keluar depan rumah je ma dah panggil. : "Natasha! Ma nak rebus ketupat, mai masak air sat."

Asal keluar dari dapur je ma dah bunyik. : "Kaklong! Kata nak buat kek coklat lembab. Tu pasai pa tak dengar lagi bunyi mesin putar tepung pun."

Asal hilang dari mata ma ja aku dah kena bebel : "Yang besaq tu boleh masuk tolong ma dekat dapur la kut. Tak payah nak main sangatlah dekat luar tu. Lagi berfaedah."

Ufhh! Macam mana lah nak excited nak sambut raya? Budak dewasa kan...



Dolu-dolu ma akan tanya nak masak apa untuk menu utama hari raya. Dan berlist-list lah jawapan aku dengan adik-adik karang cadangan. Ma akan masak menu ikut majoriti. Abah macam biasa, hanya diam, dengar dan senyum. Ikut sahaja. Sorang-sorang. Ma akan masak sorang-sorang je. Selalunya soto ayam lah. Tapi sekarang bila dah dewasa.... Ma akan tanya jugak menu utama apa yang aku dengan adik-adik nak makan untuk hari raya. Jawapan yang sama, soto ayam. Tapi yang lainnya bila :

"Natasha, kata esok nak makan soto ayam, kan? Silalah menolong mama ya? Banyak benda nak kena buat. Potong ubi kentang nak buat begedil. Lepas tu basuh ayam-ayam tu. Sebelum tu pi tengok sat periuk mana yang nak guna masak sup. Lepastu tengok jugak nasi impit dah masak ka belum. Lagi... bla...bla...bla... "

Takpe... Budak dewasa kan? =)



Dolu-dolu tiga bulan lagi nak raya dah kepoh-kepoh ajak abah aku pergi beli baju raya. macam-macam jenis baju aku beli. Tapi sekarang ni, dekat nak raya barulah aku sibuk nak ajak ma pergi cari baju. Itu pun lepas ma bising : "Natasha, bila nak beli baju raya ni? Adik-adik semua dah beli. Lima hari lagi nak raya. Dah lah dia tu cerewet sangat dalam bab-bab macam ni. Baju tu tak kena. Baju ni tak elok. Kain cotton tu tak sesuai. Kain cotton ni keras. Bla...bla...bla..." Aku memang suka pakai baju kain cotton. tiga tahun berturut-turut baju raya aku kain cotton. Aku lebih selesa dengan pakai kain cotton. betul-betul selesa. Mula tu target nak beli ready-made ja. Tapi bila dah pergi tiga empat bazaar baju satu pun aku tak berkenan. Sudahnya kain meter jugak yang aku berkenan. Jugak kain cotton. Lepastu jenuh pulak lah mak aku nak cari tailor upah baju. Nasib baiklah ada lagi tailor yang sudi ambik upah jahit baju aku. Alhamdulillah... Tengok, bezanya feeling nak beli baju raya antara dulu dengan sekarang...

Oh! Dewasa dah aku ni rupanya... =)



Dolu-dolu lagi masa zaman budak-budak, hari raya je aku ikut sepupu-sepupu aku pergi tawaf satu kampung kutip duit raya. Selalunya ketuk pintu je rumah orang, terus mintak duit raya. makan ke, minum ke takmau dah. nak duit je. Yela, hari raya kan memang hari mintak duit kan? eheh! Tapi kalau sekarang ni aku tawaf satu kampung ketuk pintu rumah orang mintak duit raya agak-agak aku kena sepak balik rumah tak? Mungkinlah...

Betul la... aku dah dewasa...



Dolu-dolu duit raya yang orang selalu bagi biasanya RM1-RM2 je. Lambat sikit nak kaya. Tapi sekarang asal salam dengan Mak sedara je, dapat RM50. Salam pula dengan suami mak sedara dapat lagi RM50. Pusing pulak senyum dekat bapak-bapak sedare senyum je belum salam lagi dah dapat sampul. Oh ya dalam sampul tu ada RM50, RM50, RM50, RM100, RM100, RM100... Pakndak, paktam dengan pakcik aku dah tak main dah RM30. Semua dah up. Puasa tak penuh pun aku tetap dapat duit raya. Memang cepat kaya lah aku hari raya pertama tu. Hahahaha... ketawa kerbau lah aku tak henti-henti dari pagi sampai malam. Tapi berhenti kejap la masa solat. Masa lain, makan ke, mandi ke... ketawa. ketawa. ketawa.

Wahhh!!! Heavennya aku jadi dewasa di hari raya.... (@_________@*)



P/S:-

Tak tau bila nak on9 lagi. Sibuk buat kuih raya la kan... eheee... So nak ucap Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Zarith Natasha untuk kamu semua...=)

Yang nak ambik PMR dengan SPM tu, nak pesan sikit ni. Raya... raya jugak. tapi kena semat perkataan EXAM BESAR dalam kepala. Kalau nak heaven pun boleh je. Hari raya pertama tu heavenlah betul-betul. Lepas tu struggle balik la. =)






Sunday, July 24, 2011

cinta budak 7 taon~~~

Pada satu hari yang indah ( wah cantiknya intro).... okey, takyah formal. ayat biasa sudah ye?

Aku ada sorang kazen. Nama dia Danish. 7 tahun. Kalau dah nama macam tu memang lelaki la kan. Ada la satu hari tu, dia datang rumah aku. Terus naik atas cari aku dalam bilik. Dum! Dum! Dum! bunyi kaki dia. Aku yang kat dalam bilik dah boleh agak itu bunyi kaki sape. Dan dengan tangkasnya aku terkam katil selubung satu badan dengan comforter. Dia kuak pintu bilik sambil jerit nama aku.

"Kaklong!!!"

Aku keraskan badan aku sambil buat bunyi berdengkur.

Lepastu aku terus rasa badan aku kena hempap dengan satu benda yang berat dan besar. Dia dah lenyek aku!

"Kaklong! Bangunlah! Danish ada benda nak cakap ni." Dia dah mula tarik comforter aku.

Last2 aku surrender jugak. aku keluar dari comforter.

"Apa dia Danish?" Aku pegang kepala dia. aku tengok muka dia bercahaya gila.

"Mai tangan." Dia mintak tangan aku.

"Nak buat apa?" aku pun sua tangan depan dia.

Tiba-tiba ja dia sangkut jari kelingking dia dengan kelingking aku. Macam biasa. dia kalau nak aku berjanji apa-apa itu yang dia akan buat.

"kaklong janji tak bagitau kakngah, abang daniel dengan kak jihah. Irsyad dengan Darwisy pun. Damia jugak." aku buat janji.

#kakngah, abang daniel dengan kak jihah tu adik aku. Irsyad, Darwisy, Damia adik dia. Oh ya, Irsyad tu baru 5 taon. Darwisy 3 taon. Damia? Baru masuk 8 bulan masa tu.#

"Mai telinga pulak." bila dah puas hati dengan janji aku dia mula tarik muka aku dekat dengan muka dia.

"Kaklong, Danish rasa Danish dah jatuh cinta la." dia bisik pelahan je.

"Hah!?? Danish jatuh cinta?" Gila tersentak aku masa tu. Lepas tu aku tarik bantal tutup muka. memang gelak sampai keras perut. Tapi aku cuba tak bagi dia perasan. kalau dia tahu aku gelakkan dia, boleh jadi novel-novel aku yang tersusun kemas dekat rak tu dia buat main tuju kasut. Budak ni kalau dah baran memang tak kira apa dah.

"Kaklong, macam mana ni? Danish nak gitau Aleesa la yang Danish jatuh cinta dekat dia."

"Aleesa? Nama dia Aleesa?" aku control muka. "Nak gitau camna?"

"Haaa... Danish dah tulis surat dekat dia."

"Aiyakk!" Kerata A4 putih yang dah nampak lunyai tu dia kasi dekat aku.

"Danish tulis semalam. senyap-senyap."

Tanpa berlengah lagi kertas putih yang dah berlipat kecik itu aku buka. sebaris pun perkataan yang ada dalam kertas tu aku tak tinggal.


*Hai Aleesa... apa kabar? Danish ada benda nak bagitahu kat aleesya ni.*


"Danish nama dia Aleesa ka Aleesya?"

"Aleesa." A.L. E tu ada dua. S.A." Dengan sungguh-sungguh dia bagitau.

"Ni Danish silap tulis ni. nanti betulkan nama dia."

"Takpa. satgi Danish padam pastu tulis lain."


*Mula-mula dulu Danish tenggok Aleesa saya jatuh cinta.*


Erkk!!! sat2 danish. sat2 saya pulak. "Danish,bukan tenggok la. Tengok. Eja bagi betoi."


*Danish pun nak Aleesa cintakan kat Danish jugak, tau?*


Hik! Hik! Cintakan kat Danish jugak??? Masa tu hanya Tuhan saja tau betapa nak pecahnya gelak jantan aku. tahan... tahan....

Tapi ayat terakhir tu yang paling mahal tu.


*Balas balik surat ni tau*


Lepas baca tu aku terus bagi balik dekat dia. "Pi turun bawah betoikan ejaan yang salah tadi." cepat turun! Kaklong nak gelah sangat ni. Sambung aku dalam hati.

Dum! Dum! Dum! bunyi kaki dia lari turun tangga. muka jangan cakaplah. Bercahaya macam baru dapat beli patung ultraman macam hari tu.


satu minggu berikutnya...


"Danish, Aleesa sihat ka?"

"Jangan sebut nama dia lagi!"

Aku cari muka budak tujuh taon tu. nampak masam ja. "Pasaipa pulak?"

"Danish dah tak cinta kat dia. hari tu Danish tengok dia main ligan-ligan (kejar2) dengan budak laki. Lepastu Danish nampak dia sepak kawan Danish. "

Errkk!!! "Sebab tu ja Danish tak cinta kat dia dah?"

"Yala. Sebab dia ligan laki lain. Sebab dia kasar sangat. Danish tak suka pompuan kasar!"

Okey, lepas tu terus aku diam tak tanya apa dah. Macam ni rupanya cinta budak umur 7 taon... =). baru tau....


p/s :- tetiba aku teringat masa umur aku 7 tahun jugak. aku ada sorang kawan ni. nama dia Hasnan. satu kelas dengan aku. anak ustazah lagi. tapi gatal bukan main. selalu main flying kiss dengan aku. Aku pun balas jugak. Tapi dengan flyingkick lah. hoho!

Saturday, June 25, 2011

hmmph~~~

M : sha, hang watpa tu?

aku : xda pa.. on9 saja...

M : On9 apa dkt Mword. laju semacam ja. hang taip apa wei?

aku : assignment.

M : hang dh habis study. taon lepas lg... logik sikit alasan tu...

aku : main2 taip ja.. bosan.

M : meh aku tengok sat. dok tutup watpa.

aku : xdak benda la wei...

M : hang menulis? Eh!! Toucholic!!!? zarithnatasha.blogspot tu.... xkan...xkanlah...hang punya blog? sha!??

aku : err....

M : hang penulis!? tu blog hang. aku tak pernah tau pun.

aku : err... sory....

M : macam ni ka BFF huh?

aku : gulpp!

*maaf... kadang2 tak semua benda yang berkaitan dengan aku, aku akan kongsi dengan kawan2 walaupun BFF sendiri. =(

Wednesday, June 22, 2011

Tak sabar gila nak tengok....

tadaaaaaa.....














Jung Yong Hwa (JYH) yang sangat charming. Park Syin Hye (PSH) yang sangat comey dengan gaya rambut baru... wahhhhhh....




# aku suka VC ni... =)





# dan VC ini jugak... (^____^)

Saturday, February 5, 2011

Tag dari miz ruha

sungguh! lama x kena tag. tengs to miz ruha =)


------------

Apakah status anda
asal nk tahu??haha. single!

Ceritakan tentang diri anda
zarith natasha
22 tahun. (baru sj 6 hari)
perempuan.
sulong
banyak cakap
gila music
obses novel, drama korea/jepun/taiwan
clumsy


Ceritakan tentang blog anda
blog aku? ada 2.
1 novel, 1 diari (lbh kurang la)


Pendapat anda tentang dunia blog
best! ada e-novel. ada kisah hidup orang. Ada gosip :P. ada knowledge. Macam2 ada la...


Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog
tulis yg baik2. manfaatkan ke jalan yg betul. dan...ceriakan blog anda sbb aku suka usha blog yang comel, unik n menarik... =)


Nyatakan keunikan blog anda
tak ada uniknya pun. hanya penuh dengan kemerapuan sahaja. =)


Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog
selagi aku tak muak.
selagi aku minat.
selagi aku ada idea.


Tag 5 orang yang anda kenal

dina

cucuratap

bulan-hijau

zatie

kamu kamu n kamu yg baca tag ini, sila jawab.


p/s:- Again... tengs miz ruha =)